Close

4 juta data pengguna U Mobile dijual oleh penggodam

Seorang penggodam mendakwa beliau mempunyai 4 juta data pengguna U Mobile untuk dijual.

Penggodam yang menggunakan nama ‘Sh1mo’ telah mengiklankan penjualan data dengan nilai sekitar $50000 BTC. Yang mana iklan tersebut dibuat melalui forum Breachforum yang terkenal dengan penjualan data pengguna yang bocor.

Menurut Sh1mo, data yang dijual merangkumi maklumat seperti nama, alamat, nombor kad pengenalan, nombor telefon dan sebagainya.

Buat masa ini, pihak U Mobile belum lagi mengeluarkan sebarang kenyataan rasmi mengenai isu ini.

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN