Google secara rasmi berkongsi tarikh pelancaran peranti andalan mereka iaitu siri Pixel 9 pada 13 Ogos ini. Pada acara tersebut, Google dijangka akan memperkenalkan Pixel 9, Pixel 9 Pro, Pixel 9 Pro XL dan Pixel Watch 3.
Made by Google is coming August 13 — and we’ll be showcasing the latest #Pixel devices, the best of Google AI and @Android software updates. Sign up for updates → https://t.co/W5MELxS9fK pic.twitter.com/AHvF2iIXXV
— Google (@Google) June 25, 2024
Namun begitu, buat masa ini tidak dapat dipastikan jumlah peranti yang akan diperkenalkan oleh Google. Terdapat laporan, Pixel Fold generasi baru berkemungkinan akan turut diumumkan pada acara ini.


Dalam perkongsian Google di platform X, memperlihatkan secara ringkas rekaan belakang bagi siri Pixel 9. Terdapat butang suara dan kuasa yang diletakkan di sebelah kanan dan menggunakan rekaan kamera belakang yang sedikit berbeza dari model sebelumnya. Selain itu, dapat dilihat siri Pixel 9 akan hadir dengan rekaan sisi jenis rata berbanding jenis bulat pada siri Pixel 8.

Dengan acara pelancaran yang semakin hampir, kami menjangkakan lebih banyak maklumat yang akan dikongsi oleh Google mengenai peranti ini. Seperti biasa, sama-sama kita nantikan.