Close

Samsung Galaxy Z Fold6 dan Z Flip6 akan tiba di Malaysia pada 10 Julai ini

Samsung telah menjadualkan acara Galaxy Unpacked yang akan berlangsung pada 10 Julai 2024. Pada acara tersebut, Samsung dijangka akan memperkenalkan beberapa peranti baru yang akan ditawarkan bersama dengan kecerdasan buatan Galaxy AI.

Peranti yang akan menjadi tumpuan pada acara tersebut semestinya adalah peranti boleh-lipat baru iaitu Galaxy Z Fold6 dan Flip6. Kedua-dua peranti ini dijangka akan hadir dengan pelbagai peningkatan yang lebih baik merangkumi spesifikasi, rekaan dan juga perisian.

Samsung akan turut memperkenalkan jam tangan pintar, tablet dan juga TWS baru iaitu

Galaxy Watch7, Galaxy Watch Ultra, siri Galaxy Tab S10 dan Galaxy Buds 3. Selain itu, Samsung berkemungkinan akan turut memperkenalkan cincin pintar pertama mereka iaitu Galaxy Ring.

Seiring dengan acara tersebut, Samsung telah membuka daftar minat untuk pengguna sehingga 9 Julai 2024. Melaluinya, ia menawarkan baucar sehingga RM500 dan berpeluang memenangi hadiah misteri bernilai RM27,000.

ARTIKEL BERKAITAN