Close

Play for Dream MR diperkenalkan – Pencabar kepada Apple Vision Pro?

Segmen set kepala realiti kini semakin menarik selepas Play for Dream Technology melancarkan set kepala realiti mereka iaitu Play for Dream MR. Play for Dream Technology mendakwa peranti ini adalah Spatial Computing berasaskan Android pertama di dunia.

Dari segi rekaan, Play for Dream MR hadir dengan rekaan yang mirip seperti Apple Vision Pro namun lebih ergonomik. Peranti ini hanya setebal 33mm dengan berat sekitar 288gram. Menurut Play for Dream, nisbah pengagihan berat peranti ini adalah 3:2 untuk menjadikan ia lebih selesa bila dipakai.

Set kepala realiti ini hadir dengan skrin Micro-OLED dengan resolusi 8K yang menggunakan optik Pancake. Dikuasakan dengan cip Snapdragon XR2+ Gen 2 yang dipadankan dengan 16GB RAM LPDDR5X dan storan dalaman sehingga 1TB UFS 3.1. Dilengkapi dengan 11 kamera, 7 jenis sensor dan 22 LED Inframerah yang digunakan sebagai depth sensors, wear detection cameras, eye detection dan juga gesture-tracking.

Dari segi kawalan dan interaksi, ia hadir dengan alat kawalan 6DoF Halo-Free controller yang boleh dicas semula. Selain itu, ia turut menyokong aksesori kawalan lain seperti mouse dan juga keyboard. Spesifikasi lain yang turut hadir adalah seperti Bluetooth 5.3, Wi-Fi 7, keupayaan AI, Steam VR dan menjalankan sistem operasi Dream OS berasaskan Android.

Menariknya, Play for Dream MR dijangka akan tiba ke pasaran Malaysia pada Oktober 2024. Namun begitu, harga jualan rasmi untuk peranti ini masih lagi dirahsiakan.

ARTIKEL BERKAITAN