Close

Aplikasi Blackmagic Camera kini tersedia untuk pengguna Android

Selepas diperkenalkan untuk pengguna iPhone, Blackmagic Design kini turut memperkenalkan aplikasi Blackmagic Camera untuk pengguna Android.

Aplikasi Blackmagic Camera dibina berdasarkan kepada sistem pengendalian yang sama seperti kamera fiem digital Blackmagic. Berikutan itu, ia mampu menawarkan keupayaan suntingan dan juga pembetulan warna bertaraf Hollywood. Turut menawarkan kawalan manual untuk rakaman video serta memaparkan lebih banyak perincian antaranya seperti parameter status dan rekod, histogram, focus peaking, frame guides dan banyak lagi. Lebih menarik, aplikasi ini turut menyokong pelbagai nisbah aspek rakaman termasuklah video menegak.

Selain itu, ia turut menyokong platform Blackmagic Cloud yang memudahkan pemindahan data dan suntingan secara terus. Aplikasi ini turut membenarkan pengguna mengubah tetapan dengan mudah seperti FPS, shutter speed, auto white balance, ISO dan sebagainya.

Bagi yang berminat, aplikasi Blackmagic Camera tersedia secara percuma dan boleh dimuat turun melalui Google Play Store dan Apple App Store. Namun begitu, buat masa ini aplikasi Blackmagic Camera hanya tersedia untuk peranti Samsung Galaxy dan Google Pixel.

ARTIKEL BERKAITAN