Close

Pusat Data Nasional Indonesia digodam – Minta wang tebusan RM38 juta

Menteri Komunikasi dan Teknologi Maklumat Indonesia, Budi Arie Setiadi mengesahkan yang Pusat Data Nasional (PDN) Indonesia telahpun digodam.

Berikutan dari serangan tersebut, beberapa perkhidmatan kerajaan dikatakan telah terjejas. Perkhidmatan yang paling teruk terjejas adalah Imigresen, menyebabkan mesin pengesahan pasport automatik gagal berfungsi dengan baik. Namun begitu, pada ketika permasalahan tersebut dikatakan telah berjaya diselesaikan.

Penggodam dikatakan menggunakan perisian Lockbit 3.0 untuk melakukan serangan siber kepada PDN. Selain itu, penggodam turut meminta wang tebusan sebanyak $8 juta (RM37.8 juta) sekiranya mahu mendapatkan semula akses PDN.

Siasatan forensik digital telahpun dijalankan namun maklumat lanjut mengenai serangan tersebut masih belum ditemui. Serangan tersebut adalah yang terbaru dalam siri serangan siber yang terjadi kepada syarikat dan agensi kerajaan Indonesia sejak beberapa tahun lalu. Ia juga disifatkan sebagai serangan ‘paling teruk’ pernah berlaku, menyebabkan gangguan perkhidmatan kerajaan awam Indonesia tidak boleh diakses beberapa hari.

Pada 2023, Bank Syariah Indonesia (BSI) turut menerima nasib yang sama dengan 15 juta data pelanggan dilaporkan bocor. Seterusnya pada 2022, Bank Pusat Indonesia dilapor telah digodam namun serangan tersebut tidak menjejaskan perkhidmatan mereka.

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN