Close

Bingkai plat khas EV akan diumumkan tak lama lagi

Sebelum ini, Kerajaan telah mengumumkan akan memperkenalkan bingkai plat khas untuk kenderaan elektrik (EV).

Dalam perkembangan terbaru, Menteri Pengangkutan iaitu Anthony Loke, menyatakan pengumuman bingkai plat khas untuk EV akan dibuat selepas peringkat teknikal dimuktamadkan.

Pada ketika ini, proses untuk menghasilkan bingkai plat khas EV masih lagi sedang dijalankan dan vendor akan dilantik selepas proses itu. Perbincangan di antara pengeluar kenderaan EV mengenai pengeluaran plat khas juga telahpun diadakan.

Selain itu, beliau turut menyatakan pengguna EV baru wajib mendaftar untuk plat khas sementara pengguna sedia ada mempunyai pilihan. Pengenalan bingkai plat khas untuk EV adalah untuk membezakan antara kenderaan biasa dan juga kenderaan elektrik.

Penggunaan nombor plat pendaftaran khas untuk kenderaan elektrik telahpun dilaksanakan di beberapa negara seperti Singapura, China, UK dan Jerman.

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN