Close

JPJ kembalikan semula urusan tukar hak milik kenderaan secara atas talian

Jabatan Penangkutan Jalan (JPJ) telah mengembalikan urusan perkhidmatan tukar hak milik kenderaan secara atas talian serta merta.

Keputusan mengembalikan perkhidmatan tersebut dicapai selepas Menteri Pengangkutan, Anthony Loke berbincang dengan Ketua Pengarah JPJ, Datuk Aedy Fadly Ramli. JPJ memaklumkan kepada MOT, penyalahgunaan dan penipuan yang berlaku dalam sistem pertukaran hak milik telah menyebabkan liabiliti yang perlu ditanggung oleh JPJ.

Berikutan itu, penambahbaikan sistem dalam talian perlu dilakukan dalam kadar segera. Bagi mengelakkan gangguan urusan harian pengguna biasa dan tidak menyebabkan kesesakan di kaunter JPJ, MOT menyarankan kerja-kerja penambahbaikkan dilaksanakan semasa cuti panjang pada hujung minggu ini.

Sebelum ini, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) mengumumkankan penangguhan sementara semua urusan tukar hak milik kenderaan menerusi saluran urus niaga dalam talian. Penangguhan ini melibatkan portal awam, kiosk serta rakan niaga JPJ termasuk MyEG dan eAuto Sdn Bhd.

ARTIKEL BERKAITAN