Ferrari secara rasmi memperkenalkan kenderaan elektrik (EV) pertama mereka iaitu Ferrari Luce. Tampil dengan rekaan yang furustik dan berbeza dari apa yang dilakukan oleh Ferrari.

Ferrari Luce dibangunkan bersama dengan LoveFrom, studio kreatif milik bekas pereka Apple iaitu Jony Ive. Berikutan itu, EV pertama dari Ferrari ini hadir dengan rekaan yang premium, minimalis dan futuristik berbanding Ferrari lain.

Dari segi prestasi, Ferrari Luce ini dilengkapi dengan empat motor elektrik yang mampu menghasilkan kuasa lebih dari 1000hp dalam mod Boost. Mampu memecut dari 0 ke 100 km/j hanya dalam masa 2.5 saat dengan kelajuan maksimum mencapai 309 km/j. Dimuatkan dengan bateri 122 kWh yang menawarkan jarak gerak lebih 500 km. Selain itu, ia menyokong pengecasan pantas 350 kW.


Ferrari turut menggunakan sistem khas untuk menghasilkan bunyi pada EV ini. Sistem khas ini menggunakan sensor getaran pada motor untuk menghasilkan mekanikal dan audio yang lebih natural.

Ferrari Luce berkemungkinan akan dijual pada harga bermula sekitar $640,000 (RM250K) dengan penghasilannya akan bermula pada penghujung 2026 dan penghantaran pertama pada awal 2027.