Close

Perkhidmatan kad debit CIMB tak boleh diakses pada 17, 20 dan 21 Oktober 2026

CIMB memaklumkan, perkhidmatan kad debit CIMB tidak boleh diakses buat sementara waktu pada 17, 20 dan 21 Oktober 2026.

Melalui jadual yang dikongsi, perkhidmatan tersebut tidak boleh diakses pada 17 Oktober (Sabtu) bermula 12.00 tengah malam sehingga 6.00 pagi, 20 Oktober (Selasa) bermula 12.00 tengah malam sehingga 7.30 pagi dan 21 Oktober (Rabu) bermula 12.00 tengah malam sehingga 5.00 pagi.

Sepanjang tempoh berkenaan, perkhidmatan kad debit CIMB melalui MyDebit, Visa dan Mastercard tidak boleh digunakan bagi tujuan pembelian dalam talian dan di kedai. Terdapat beberapa alternatif yang disarankan oleh CIMB, antaranya menggunakan kad kredit CIMB (17 Oktober 2026), serta FPX DuitNow, DuitNow QR atau kad kredit CIMB (20 dan 21 Oktober 2026) yang bergantung kepada kesesuaian.

Tujuan penyelenggaraan ini untuk memberikan pengalaman penggunaan yang lebih baik pada masa akan datang. Seiring dengan itu, CIMB menyarankan pengguna untuk merancang pembayaran atau perbelanjaan dengan lebih awal bagi mengelakkan sebarang kesulitan.

ARTIKEL BERKAITAN