OPPO secara rasmi memperkenalkan barisan baru peranti andalan mereka iaitu siri OPPO Find X10. Hadir dengan tiga pilihan model iaitu Find X10, Find X10E dan juga Find X10 Pro Max.

OPPO Find X10 Pro Max merupaka model paling premium dalam siri ini, tampil dengan skrin AMOLED bersaiz 6.78-inci dengan paparan 144Hz. Dikuasakan dengan cip Dimensity 9600 Pro yang dipadankan dengan 16GB LPDRR5X dan storan dalaman sehingga 1TB UFS 4.1.

Menggunakan tetapan tri-kamera belakang dengan sensor utama 200MP dengan OIS + 200MP Ultra Lebar + 200MP Telefofo dengan 3x zum optik dan swafoto 50MP. Kemampuan kamera ini dibantu dengan sistem Hasselblad dan sistem Lumo yang dibangunkan sendiri oleh OPPO.
Peranti ini menyokong penarafan IP69, pembesar suara jenis stereo, pengimbas cap jari ultrasonik dan menjalankan sistem operasi ColorOS 17 yang berasaskan kepada Android 17.

Untuk OPPO Find X10, ia hadir dengan skrin AMOLED bersaiz 6.59-inci dengan paparan 144Hz. Dikuasakan dengan cip Dimensity 9600M yang digabungkan dengan RAM sehingga 16GB LPDDR5x dan storan dalaman sehingga 1TB UFS 4.1.
Menggunakan tetapan tri-kamera belakang dengan sensor utama 200MP dengan OIS + 50MP Ultra Lebar + 200MP Telefoto dan swafoto 50MP. Dimuatkan dengan bateri 8000mAh dengan pengecasan pantas 80W dan 50W tanpa wayar. Turut menjalankan sistem operasi ColorOS 17 yang berasaskan Android 17.

Manakala untuk OPPO Find X10E, ia hadir dengan skrin AMOLEDH bersaiz 6.59-inci dengan paparan 120Hz. Dikuasakan dengan cip Dimensity 9500s yang dipadankan dengan RAM sehingga 16GB LPDDR5x dan storan dalaman sehingga 512GB UFS 4.1.
Turut menggunakan tetapan tri-kamera belakang denegan sensor utama 50MP + 50MP Ultra Lebar + 50MP Telefoto dan 32MP swafoto. Dimuatkan dengan bateri 7025mAh yang menyokong pengecasan 80W berwayar dan 50W tanpa wayar. Peranti ini turut menjalankan sistem operasi ColorOS 17 yang berasaskan Android 17.
Di China, harga jualan bermula sekitar CNY5499 (RM3339) untuk Find X10, CNY4999 (RM3037) untuk Find X10E dan CNY6799 (RM4133) untuk Find X10 Pro Max. Tidak dapat dipastikan adakah siri Find X10 akan turut ditawarkan ke pasaran tempatan atau sebaliknya.