Netflix mengumumkan harga langganan baru mereka untuk pengguna di Malaysia. Kenaikkan harga langganan ini terkesan pada semua pelan merangkumi slot tambahan dan ia berkuat kuasa serta merta.

Dengan kenaikan ini, harga langganan baru untuk pelan Mobile adalah RM19.90 sebulan, Basic RM33.90 sebulan, Standard RM55.90 sebulan dan Premium RM69.90 sebulan. Manakala, untuk slot tambahan caj yang dikenakan adalah RM14.90 berbanding sebelum ini bernilai RM13.00.
Sebagai perbandingan, harga langganan sebelum ini adalah RM18.90 untuk Mobile, RM29.90 untuk Basic, RM49.90 untuk Standard dan RM62.90 untuk Premium. Pelan premium menerima peningkatan paling tinggi iaitu sekitar RM7, berbanding pelan lain.
Selain itu, kenaikan harga ini tidak menjejaskan seperti kepada kualiti audio-visual, had sokongan dan juga akses kandungan pada setiap pelan. Menurut Netflix, kenaikan harga ini adalah untuk menambah baik perkhidmatan serta menambah lebih banyak rancangan TV dan filem.