Close

AMD perkenal Radeon RX 9050 – Kad grafik baru dengan harga mampu milik

AMD secara rasmi memperkenalkan Radeon RX 9050, kad grafik baru dalam siri Radeon RX 9000 yang memfokuskan kepada harga jualan yang lebih mampu milik.

Radeon RX 9050 dibina berasaskan kepada seni bina RNDA 4 dengan konfigurasi memori 8GB GDDR6 pada kelajuan 18 Gpbs. Dilengkapi dengan 16 Computer Units (CU), 16 Ray Accelerators, 1024 Stream Processor dan 32 AI Accelerators.

Kad grafik ini turut menyokong teknologi FSR 4 (FidelityFX Super Resolution 4), membolehkan prestasi permainan dipertingkatkan melalui teknologi peningkatan resolusi berasaskan AI. Menurut AMD, Radeon RX 9050 mampu menawarkan prestasi permainan yang baik pada resolusi Full HD (1080p) pada tetapan grafik Medium.

Radeon RX 9050 menggunakan rekaan jenis kompak dengan board power serendah 92W dan hanya memerlukan bekalan kuasa (PSU) 450W.

Kad grafik ini dijual pada harga sekitar $279 (RM1141) dan dijangka akan tersedia sekitar September ini. Dengan penawaran yang lebih mampu milik, kad grafik ini dijangka akan menjadi pilihan menarik untuk pengguna yang mahukan prestasi yang lancar tanpa perlu berbelanja besar.

ARTIKEL BERKAITAN