Close

CMF dijangka perkenal peranti audio baru tak lama lagi

Sub-jenama kepada Nothing iaitu CMF, dijangka akan memperkenalkan peranti audio baru tidak lama lagi.

Melalui hantaran di platform X, CMF berkongsi teaser awal memberi bayangan mereka bakal memperkenalkan produk baru, mungkin peranti audio baru. Menurut pengasas bersama Nothing iaitu Akis Evangelidis, peranti yang akan diperkenalkan adalah kategori baru dan belum pernah ditawarkan oleh CMF sebelum ini.

Melalui teaser pertama yang dikongsi, ia memaparkan watak Pokémon Igglybuff, selaras dengan tradisi Nothing yang sering menggunakan nama Pokémon sebagai nama kod produk. Manakala, teaser kedua pula menunjukkan sebahagian rekaan produk dengan beberapa lubang kecil yang mirip kepada pembesar suara, sekali gus memberi petunjuk bahawa ia adalah sebuah peranti audio.

Merujuk kepada beberapa laporan lain, peranti tersebut berkemungkinan adalah CMF Flip Pro merupakan earbuds jenis clip-on atau open-ear. Sekiranya laporan ini tepat, ia bakal menjadi produk audio pertama dengan rekaan open-ear.

ARTIKEL BERKAITAN