Close

Redmi menjadualkan acara pelancaran siri Redmi Note 12 pada Oktober ini

Redmi menjadualkan acara pelancaran bagi siri Redmi Note 12 iaitu pada Oktober ini dan akan berlangsung di China.


Pada ketika ini, belum ada sebarang maklumat mengenai spesifikasi yang akan dibawakan pada siri Redmi Note 12. Namun, syarikat tersebut mengesahkan yang siri Redmi Note 12 akan hadir dengan dua teknologi baharu.

Walaupun tidak berkongsi mengenai teknologi tersebut. Tetapi, terdapat laporan mengatakan yang siri Redmi Note 12 dijangka akan dilengkapi dengan cip Dimensity 1080 dan juga pengecasan pantas sehingga 210W.

Selain spesifikasi yang tidak didedahkan, Redmi juga tidak mendedahkan tarikh pelancaran secara spesifik. Kami menjangkakan akan lebih banyak maklumat akan didedahkan menjelang hari pelancarannya kelak.

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN