Close

Rekaan dan harga Google Pixel Fold tertiris


Biarpun Google belum lagi mengesahkan sebarang maklumat mengenai peranti boleh lipat pertama mereka iaitu Google Pixel Fold.  Namun, telah ada laporan yang mendedahkan rekaan dan juga harga jualan bagi Google Pixel Fold.



Berdasarkan dari perkongsian terbaru Jon Prosser, memperlihatkan rekaan yang dikatakan sebagai Google Pixel Fold. Melalui imej tersebut dapat dilihat yang Google Pixel Fold membawakan rekaan bezel yang agak tebal pada bahagian dalam.  Menggunakan rekaan sisi jenis rata dan terdapat bonggol kamera seperti mana pada model semasa iaitu siri Google Pixel 7.



Terdapat juga butang kuasa yang terletak di bahagian sisi yang turut menyokong pengimbas cap jari, port USB-C dan juga dua pembesar suara yang terletak di bahagian bawah dan atas. 


Selain itu, Pixel Fold dijangka akan hadir dalam dua pilihan warna iaitu Chalk dan Obsidian. Dari segi kamera, ia mungkin hadir dengan dua kamera swafoto bersaiz 9.5 MP yang terletak di bahagian luar dan dalam. 

Spesifikasi lain mengenai Google Pixel Fold masih lagi tidak diketahui. Namun, ia dijangka akan menggunakan cip Google Tensor dan juga kamera seperti siri Google Pixel 7. Dari segi harga jualan, ia mungkin akan dijual pada harga bermula RM8253 ($1,799).

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN