Jika sebelum ini, terdapat laporan mengatakan yang siri Samsung Galaxy S23 akan hadir dengan cip khas yang lebih berkuasa berbanding versi standard Snapdragon 8 Gen 2.
#Snapdragon8Gen2forGalaxy pic.twitter.com/WYvbFtj0NK
— Roland Quandt (@rquandt) January 27, 2023
Terkini, laporan tersebut akhirnya disahkan oleh Roland Quandt melalui perkongsian di Twitter beliau. Melalui perkongsian tersebut dapat dilihat yang siri Samsung Galaxy S23 akan menggunakan cip Snapdragon 8 Gen 2 For Galaxy.
Cip khas ini dikatakan mempunyai teras Prime yang lebih pantas berbanding Snapdragon 8 Gen 2 biasa. Untuk spesifikasi, cip Snapdragon 8 Gen 2 biasa menggunakan konfigurasi 1+4+3 dengan 1x Prime CPU Cortex X3 + 4x teras prestasi CPU Cortex A715 + 3x teras kecekapan CPU A510.
Namun begitu, untuk spesifikasi cip Snapdragon 8 Gen 2 For Galaxy buat masa ini ia masih lagi tidak diketahui. Spesifikasi penuh cip tersebut dijangka akan dikongsi selepas peranti tesebut dilancarkan secara rasmi pada 2 Februari ini.