Close

POCO menjadualkan acara pelancaran POCO X5 Pro dan X5 5G pada 6 Februari ini

POCO kini sedia untuk menawarkan dua peranti baharu mereka iaitu Poco X5 5G dan X5 Pro 5G. Berikutan dari itu, POCO telahpun menjadualkan acara pelancaran bagi kedua-dua model iaitu pada 6 Februari ini.

Namun begitu, tiada butiran lengkap yang didedahkan mengenai spesifikasi penuh untuk kedua-dua peranti. Tetapi, terdapat laporan mengatakan yang POCO X5 Pro 5G akan dilengkapi dengan cip Snapdragon 778G, kamera utama 108MP, bateri 5000mAh dan pengecasan pantas 67W.

Sementara untuk POCO X5 5G, ia dijangka akan dilengkapi dengan cip Snapdragon 695 dan kamera utama 48MP. Dari segi skrin, kedua-dua peranti akan hadir dengan skrin 6.67-inci FHD+ dengan paparan 120Hz.
Menjelang hari pelancarannya yang semakin hampir, kami menjangkakan akan lebih banyak maklumat akan didedahkan dari masa ke sesama. Acara pelancaran ini juga boleh ditonton melalui beberapa platform rasmi POCO seperti YouTube, Twitter dan Facebook.

ARTIKEL BERKAITAN