Close

Perodua Axia 2023 kini boleh di pra-tempah dengan harga bermula dari RM38K

Kereta yang paling ditunggu-tunggu untuk tahun ini iaitu Perodua Axia 2023 kini boleh di pra-tempah bermula hari ini.

Perodua Axia 2023 menggunakan nama kod D74A dan hadir dengan pelbagai perubahan dan peningkatan dari segi rekaan dan juga spesifikasi. Dibina dengan platform baharu iaitu Daihatsu New Global Architecture (DGNA). Ditawarkan dalam empat varian iaitu G, X, SE dan AV.
Dikuasakan dengan enjin 1.0 liter 1KR-VE 3-silinder VVT-i dengan kuasa mencapai 67hp dengan tork 91Nm. Malangnya, tiada versi Turbo untuk Perodua Axia 2023 seperti mana yang di laporan sebelum ini.
Perubahan paling ketara pada Perodua Axia 2023 adalah pada kotak gear yang mana ia kini menggunakan kotak gear D-CVT menggantikan transmisi tork 4-kelajuan.

Ciri lain yang turut hadir pada Perodua Axia 2023 adalah seperti Perodua Smart Drive Assist, lampu depan LED dan lampu nyala siang, Keyless Entry, mod pemanduan dan enam beg udara.

Perodua Axia 2023, ditawarkan dengan lima pilihan warna iaitu Ivory White, Glittering Silver, Lava Red, Coral Blue dan Granite Grey. Untuk harga jualan, ia dianggarkan sekitar RM38,600 hingga RM49,500 (tanpa insuran).

ARTIKEL BERKAITAN