Close

Pengeluaran besar-besaran Tesla Cybertruck akan bermula pada 2024

Tesla Cybertruck telahpun dilancarkan pada tahun 2019, merupakan sebuah trak pikap yang dijana dengan kuasa elektrik. Biarpun telah dilancarkan lebih awal, sehingga hari ini Cybertruck belum lagi melalui fasa pengeluarannya.

Terkini, melalui satu sesi perbincangan dalam talian. Elon Musk mengesahkan yang pengeluaran besar-besaran dan penghantaran Cybertruck hanya akan bermula pada 2024.

Namun begitu, pengeluaran lebih awal akan dilakukan pada suku ketiga tahun ini, tetapi akan menjadi sangat perlahan berikutan Tesla pada ketika masih dalam proses memasang peralatan untuk pemasangan Cybertruck.
Selain itu, Elon Musk turut menyatakan akan ada perubahan dari segi konfigurasi dan juga harga yang akan ditawarkan. Yang mana, untuk varian asas sebelum ini ia ditawarkan pada $39,900 dan untuk $70,000 varian paling tinggi.
Pada ketika ini, Tesla masih lagi menerima deposit untuk Cybertruck. Namun, syarikat tersebut tidak menjanjikan konfigurasi khusus seperti mana sebelum ini. Peningkatan harga jualan akan ditentukan kepada keadaan ekonomi dan juga rantaian bekalan.

ARTIKEL BERKAITAN