Close

Honda Prelude 2026 tiba di Malaysia – Casis Civic Type R dengan harga 278K

Honda Prelude secara rasmi tiba ke Malaysia melalui acara Kuala Lumpur International Motor Show 2026 (KLIMS 2026).

Honda Prelude ini ditawarkan dalam satu pilihan varian sahaja dan merupakan sebuah model coupe 2+2. Tampil dengan identiti yang tersendiri yang kelihatan lebih sporty dan agresif serta berkongsi beberapa elemen rekaan dari Civic. Honda Prelude ini dimuatkan dengan sistem hibrid i-MMD 2.0 liter e:HEV dengan kuasa keseluruhan 203 PS dan 315 Nm.

Mampu memecut dari 0 ke 100 km/j dalam 8.2 saat dengan kelajuan maksimum 188 km/j. Honda Prelude berkongsi beberapa komponen daru Civic Type R seperti suspensi hadapan dual-axis strut, penyerap hentak adaptif, sistem brek Brembo dan Rim aloi bersaiz 19-inci.

Kenderaan ini turut dilengkapi dengan sistem Agile Handling Assist untuk meningkatkan kestabilan dan pengendalian ketika mengambil selekoh. Lebih menarik, Prelude merupakan model Honda pertama di Malaysia dilengkapi dengan S+ Shift untuk memberikan pengalaman pemanduan yang lebih sporty walaupun menggunakan sistem hibrid.

Dari segi keselamatan, Prelude hadir dengan pakej penuh Honda Sensing, 7 beg udara, sensor parkir depan dan belakang, blind sport monitoring, cross traffice monitor dan lain-lain.

Model coupe generasi keenam ini ditawarkan pada harga RM278,000 (tanpa insurans) dengan jaminan 5 tahun tanpa had perbatuan, jaminan 10 tahun tanpa had perbatuan untuk bateri hibrid dan 5 kali upah servis percuma.

ARTIKEL BERKAITAN