Close

realme 10 Pro 5G edisi Coca-Cola akan dilancarkan pada 10 Februari ini

realme telahpun mengesahkan yang mereka akan melancarkan telefon pintar edisi terhad dengan kolabrasi syarikat minuman gergasi Coca-Cola.


Terkini, realme berkongsi tarikh pelancaran peranti tersebut iaitu pada 10 Februari di India. Selain berkongsi tarikh pelancaran, realme turut berkongsi maklumat lebih terperinci mengenai kolabrasi tersebut.

realme 10 Pro 5G edisi Coca-Cola ini hadir dengan reka bentuk klasik yang bertemakan warna ikonik Coca-Cola iaitu Merah dan Hitam. Tampil dengan binaan dari aluminium tetapi memggunakan kemasan seakan logam dengan permukaan jenis matte. Untuk menjadikan ia tampak lebih sporty, kemasan gelung berwarna merah diletakan pada bingkai modul kamera belakang.

Selain itu, telefon edisi khas ini akan turut hadir dengan kotak pembungkusan khas dan aksesori khas yang bertemakan Coca-Cola.  Dari segi spesifikasi, tiada sebarang perubahan dijangka akan dibawakan pada realme 10 Pro 5G edisi Coca-Cola. Untuk penawarannya di Malaysia buat masa ini masih lagi tidak diketahui.

ARTIKEL BERKAITAN