Close

Xiaomi menjadualkan acara pelancaran global untuk Xioami 13 pada 26 Februari ini

Siri Xiaomi 13 telahpun dilancarkan lebih awal di China pada Disember tahun lalu. Ditawarkan dalam dua varian iaitu Xiaomi 13 dan Xiaomi 13 Pro. Terkini, Xioami mengesahkan yang siri tersebut akan turut dilancarkan secara global melalui acara yang dijadualkan akan berlangsung pada 26 Februari ini di Mobile World Congress (MWC).


Xiaomi 13 Pro dilengkapi dengan skrin melengkung bersaiz 6.73-inci OLED QHD+ LPTO. Turut menyokong paparan 1~120Hz, HDR10+. Dijana dengan cip Snapdragon 8 Gen 2 yang dipadankan dengan RAM sehingga 12GB LPDDR5X dan storan dalaman sehingga 512GB UFS 4.0. 

Bateri 4820mAh yang turut menyokong pengecasan pantas berwayar 120W, 50W tanpa wayar dan 10W pengecasan berbalik tanpa wayar. Mengunakan tri-kamera belakang dengan sensor utama sebesar 1-inci 50 MP + 50 MP + 50 MP dan swafoto 32 MP.



Manakala Xiaomi 13, dilengkapi dengan skrin rata bersaiz 6.3-inci OLED FHD+ . Turut menyokong paparan 120Hz, HDR10+ dan Dobly Vision. Dijana dengan cip Snapdragon 8 Gen 2 yang dipadankan dengan RAM sehingga 12GB LPDDR5X dan storan dalama sehingga 512GB UFS 4.0. 

Bateri sebesar 4500mAh yang turut menyokong pengecasan pantas berwayar 67W, 50W tanpa wayar dan 10W pengecasan berbalik tanpa wayar. Mengunakan tri-kamera belakang dengan sensor utama 50 MP + 10 MP + 12 MP dan swafoto 32 MP.

Buat masa ini, tiada sebarang maklumat mengenai penawaran dan ketersediaan siri Xiaomi 13 untuk pasaran Malaysia.

ARTIKEL BERKAITAN