Oppo Find N2 Flip akhirnya tiba untuk pasaran Malaysia. Yang mana, ia merupakan telefon pintar boleh lipat terawal jenis clampshell yang dihasilkan oleh Oppo. Membawa rekaan yang sama seperti Galaxy Z Flip4 tetapi dengan reka bentuk yang lebih baik dan skrin kedua yang lebih besar.
Oppo Find N2 Flip hadir dengan skrin utama 6.8-inci AMOLED 120Hz, skrin luar OLED 3.26-inci. Turut menyokong HDR10+ dan kecerahan puncak 1600nits. Skrin luar yang lebih besar membolehkan ia memaparkan notifikasi yang lebih baik dan boleh menggunakan kamera utama untuk swafoto.
Dikuasakan dengan cip Dimensity 9000+ yang dipadankan dengan 8GB RAM LPDDR5 dan storan dalaman sehingga 256GB UFS 3.1. Bateri 4300mAh dimuatkan yang turut menyokong pengecasan pantas 44W.
Untuk fotografi, ia hadir dengan tetapan dwi-kamera belakang dengan sensor utama 50MP + 8MP. Manakala, untuk swafoto ia hadir dengan sensor 32MP. Keupayaan fotografi turut ditala dengan cip ISP MariSilicon X bersama sistem kamera dari Hasselblad.