Close

TikTok bakal hadkan masa penggunaan selama 60 minit untuk pengguna remaja

TikTok bakal membawakan perubahan untuk membantu pengguna remaja dalam mengurus masa mereka di platform media sosial. Berikutan dari itu, TikTok bakal membawa fungsi baharu yang akan mengehadkan masa skrin selama 60 minit sahaja untuk pengguna di bawah umur 18 tahun.

Fungsi ini akan ditetapkan secara automatik kepada semua akaun di bawah umur 18 tahun. Notifikasi amaran akan dipaparkan apabila had masa skrin mencapai 60 minit pada setiap hari.

Walaubagaimanapun, fungsi ini masih membenarkan pengguna untuk terus mengakses aplikasi TikTok biarpun selepas 60 minit. Yang mana, pengguna perlu memasukkan kod laluan untuk menambah masa had skrin selama 30 minit.

Pengenalan fungsi ini dilihat sebagai salah satu cara untuk membantu remaja menguruskan waktu mereka dengan lebih baik dan memenuhi masa dengan aktiviti yang bermanfaat. Fungsi ini, dijangka akan tiba tidak lama lagi.

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN