Close

Xiaomi 13 Ultra dilaporkan akan memasuki pasaran global

Tidak seperti Xiaomi 12S Ultra yang hanya ditawarkan untuk pasaran China sahaja berikutan masalah kekurangan cip. Terkini, terdapat laporan menyatakan yang Xiaomi 13 Ultra akan ditawarkan untuk pasaran global pada tahun ini.

Xiaomi 13 Ultra == May 2023 https://t.co/rzoxVzBy28

— SnoopyTech (@_snoopytech_) March 10, 2023

Laporan tersebut didedahkan oleh Ice Universe menerusi akaun Twitter beliau. Menariknya, Tweet tersebut di balas oleh pakar tiris SnoopyTech yang mendedahkan tarikh pelancaran bagi Xiaomi 13 Ultra iaitu pada Mei 2023.
Dalam Tweet yang sama, Ice Universe turut menyatakan yang Oppo tidak akan melancarkan Oppo Find X6 Pro untuk pasaran global.
Buat masa ini, tiada sebarang maklumat yang didedahkan mengenai peranti tersebut. Namun, terdapat laporan menyatakan yang peranti ini akan menggunakan penjenamaan kamera dari Leica dengan sensor sebesar 1-inci seperti mana model sebelumnya. Seperti biasa, akan lebih banyak maklumat akan didedahkan dari masa ke semasa.

ARTIKEL BERKAITAN