Close

Spesifikasi Google Pixel 7a tertiris

Sumber : Zing

Seperti kebiasaan, Google akan melancarkan siri Google Pixel a pada setiap tahun.  Google Pixel a adalah peranti kelas pertengahan yang ditawarkan dengan harga yang lebih mampu milik tetapi tampil dengan ciri yang sama seperti peranti premium Google. Siri Google Pixel a yang seterusnya adalah Google Pixel 7a.

Sumber : Zing

Menurut laporan, Google Pixel 7a akan dilengkapi dengan skrin bersaiz 6.1-inci OLED 1080p yang turut menyokong paparan 90Hz. Dikuasakan dengan cip Tensor G2 yang dipadankan dengan 8GB RAM dan storan dalaman 128GB UFS 3.1.

Sumber : Zing

Dari segi rekaan, Google Pixel 7a masih membawakan rekaan yang sama seperti Google Pixel 7 tetapi lebih kompak. Menggunakan kamera bar jenis aluminium dan hadir dengan tetapan dwi-kamera belakang dengan sensor utama 12MP + 12MP ultra lebar. Selain itu, Google Pixel 7a juga dilaporkan akan menyokong pengecasan tanpa wayar 5W.

Sumber : Zing

Spesifikasi yang tertiris pada kali ini boleh dikatakan sebagai tepat. Berikutan, peranti tersebut telahpun diterima oleh seorang pengguna. Malangnya, peranti tersebut telah dikunci oleh Google sebelum ia dapat mendedahkan spesifikasi penuh Google Pixel 7a.

Google Pixel 7a mungkin akan dilancarkan pada acara Google I/O yang telah dijadualkan pada 10 Mei 2023. Sebelum ini, Google Pixel 6a telah dilancarkan pada 28 Julai 2022. Buat masa ini, tiada sebarang maklumat yang mendedahkan tarikh pelancaran untuk Google Pixel 7a.

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN