Close

OPPO A98 5G kini rasmi di Malaysia dengan harga RM1399


OPPO Malaysia kini sedia untuk membawakan pengganti kepada OPPO A96 iaitu OPPO A98 5G ke pasaran tempatan. Membawakan sejumlah peningkatan spesifikasi dan juga reka bentuk yang lebih baik dari model sebelumnya.



Dari segi spesifiasi, OPPO A98 5G hadir dengan skrin IPS LCD FHD+ bersaiz 6.72-inci yang turut menyokong paparan 120Hz. Dikuasakan dengan cip Snapdragon 695 yyang dipadankan dengan 8GB RAM dan storan dalaman sehingga 256GB.


Untuk fotografi, peranti ini dilengkapi dengan tetapan tri-kamera belakang dengan sensor 64MP + 2MP mikronlens + 2MP kedalaman. Manakala, untuk swafoto, ia hadir dengan sensor 32MP.Bateri 5000mAh dimuatkan yang turut menyokong pengecasan pantas 67W.


Spesifikasi lain yang turut dibawakan adalah seperti pengimbas cap jari pada butang kuasa, bicu audio 3.5mm, pembesar suara jenis stereo dan menjalankan ColorOS 13 berasaskan Android 13.


Untuk harga jualan, OPPO A98 5G dijual pada harga RM1399 untuk 8GB + 256GB. Bagi yang berminat, pra-tempahan dibuka bermula 15 hingga 18 Mei ini. Setiap pra-tempahan akan menerima hadiah percuma bernilai RM377 yang berupa OPPO Band, TWS dan jaminan tambahan setahun (1+1). Jual pertama untuk OPPO A98 5G akan berlangsung pada 19 Mei 2023.

ARTIKEL BERKAITAN