Close

Amazfit T-Rex Ultra kini boleh dibeli di Malaysia pada harga RM1899

Selepas dilancarkan secara rasmi pada dua bulan yang lalu, Amazfit T-Rex Ultra kini sedia untuk ditawarkan secara rasmi untuk pasaran tempatan. Seperti namanya, jam tangan ini hadir dengan sejumlah fungsi menarik untuk peminat sukan ekstrem serta menggunakan perkakasan dan perisian dari teknologi ketenteraan.


T-Rex Ultra hadir dengan skrin AMOLED bersaiz 1.39-inci dengan kecerahan puncak 1000 nits. Menggunakan bingkai yang lebih tahan lasak yang diperbuat dari polymer alloy manakala bezel, butang dan panel belakang diperbuat daripada keluli tahan karat. Jam tangan ini menyokong penarafan MIL-STD dengan 15 ujian berbeza dan mampu bertahan pada suhu melampau serendah -30°C dan +70°C serta pelindungan air 30 meter.

Jam ini dilengkapi dengan GPS dwi-jalur dan mampu untuk mengemaskini pergerakan dalam masa nyata. Selain itu, ia turut hadir dengan pengesan senaman secara automatik, penderia biometrik BioTracker PPG untuk bacaan kadar denyutan jantung yang tepat dan penjejakan kadar oksigen dalam darah. Dari segi sambungan, ia menyokong BLE 5.0, Wi-Fi dan juga Zepp OS 2.0 yang membolehkan pengguna muat turun aplikasi lain seperti GoPro. 

Untuk ketahanan bateri, ia mampu bertahan sehingga 20 hari untuk penggunaan biasa dan 9 hari untuk pengguna ekstrem. Bagi yang berminat, Amazfit T-Rex Ultra akan mula dijual pada 18 Mei pada harga RM1899.

ARTIKEL BERKAITAN