Selain mengumumkan penstrukturan baharu untuk cukai jalan kenderaan elektrik (EV). Menteri Pengangkutan Anthony Loke turut mengumumkan cadangan untuk menggunakan nombor plat khas untuk kenderaan elektrik.
Cadangan tersebut adalah salah satu insentif bagi menarik orang ramai untuk menggunakan kenderaan elektrik. Selain itu, ia juga akan memudahkan penguatkuasaan untuk membeza kenderaan elektrik dan kenderaan lain. Negara seperti Singapura, China, UK dan Jerman adalah negara yang telah menggunakan nombor plat khas untuk kenderaan elektrik.
Kementerian Pengangkutan dijangka akan memperkenalkan beberapa insentif untuk kenderaan elektrik dalam usaha untuk mengalakkan penggunaan EV, butiran lebih terperinci mengenai insentif tersebut akan diumumkan menjelang akhir tahun ini.