Selepas hadir tanpa varian Pro pada OnePlus 11, OnePlus kini dilihat bersedia untuk melancar peranti mercu yang seterusnya. Terbaru, terdapat laporan awal yang mendedahkan spesifikasi yang akan digunakan pada OnePlus 12.
OnePlus 12
(Engineering config)– 6.7″ QHD OLED, 120Hz
– Qualcomm Snapdragon 8 Gen 3 (SM8650)
– 50MP + 50MP (UW) + 64MP (periscope)
– 5,000mAh battery
– 100W chargingLaunch: December (China)
— Yogesh Brar (@heyitsyogesh) May 25, 2023
Menurut sumber, OnePlus 12 dijangka akan dilancarkan di China pada Disember 2023 dan memasuki pasaran global selepas beberapa bulan.
Dari segi spesifikasi, OnePlus 12 dijangka akan menjadi peranti terawal dijana dengan cip Snapdragon 8 Gen 3, skrin 6.7-inci OLED 120Hz, bateri 5000mAh dan pengecasan pantas 100W. Untuk fotografi, ia dijangka akan hadir dengan tetapan tri-kamera belakang dengan sensor utama 50MP + 50MP ultra lebar + 64MP periskop.
Tidak dapat dipastikan adakah OnePlus 12 masih lagi akan menggunakan kamera dari Hasselblad atau sebaliknya. Walaubagaimanapun, laporan ini masih terlalu awal untuk diperkatakan.