Samsung secara rasmi menjadualkan acara pelancaran untuk peranti baharu mereka iaitu Samsung Galaxy F54 5G pada 6 Jun ini. Yang mana, ia merupakan peranti kelas pertengahan, tampil dengan spesifikasi, keupayaan kamera dan rekaan yang lebih baik.
Samsung Galaxy F54 5G dijangka akan hadir dengan skrin AMOLED bersaiz 6.7-inci FHD+ bersama paparan 120Hz. Dikuasakan dengan cip Exynos 1380 yang dipadankan dengan RAM 8GB dan storan dalaman 256GB.
Dari segi fotografi, ia hadir dengan tetapan tri-kamera belakang dengan sensor utama 108MP OIS + 8MP ultra lebar + 2MP makro. Manakala untuk swafoto ia menggunakan sensor sebesar 32MP. Kapasiti bateri 6000mAh dimuatkan pada peranti ini.
Maklumat lebih lanjut mengenai peranti ini hanya akan diketahui pada hari pelancarannya. Seperti biasa, sama-sama kita nantikan.