Close

Samsung perkenalkan “program self-repair” untuk pengguna di Korea Selatan


Samsung mengumumkan program baik pulih sendiri yang dinamakan sebagai “program self-repair”, melalui program ini ia membolehkan pengguna menyelesaikan masalah peranti mereka sendiri tanpa perlu membawa peranti ke pusat servis.


Program baik pulih sendiri ini tidak terhad kepada telefon pintar sahaja ia turut ditawarkan pada peranti lain seperti komputer riba dan juga Televisyen. Untuk baik pulih telefon pintar, buat masa ini, ia hanya menyokong beberapa model sahaja seperti siri Samsung Galaxy S20, Galaxy S21 dan Galaxy S22. Dari segi penggantian ia menyokng penggantian port pengecasan, penggantian skrin, penggantian panel belakang dan banyak lagi.


Manakala untuk komputer riba dan Televisyen ia menyokong model Galaxy Book Pro dan tiga model Televisyen di bawah siri UN32N4000AFXKR, UN32N4010AFXKR dan UN32N4020AFXKR. Selain itu, Samsung dijangka akan turut menambah lebih banyak peranti yang menyokong program baik pulih sendiri, hanya tersedia untuk pengguna Korea Selatan sahaja pada ketika ini.


Untuk cara pembaikan, Samsung akan menyediakan manual dan juga video yang boleh diakses melalui laman web rasmi. Selepas pembaikan pengguna boleh melakukan diagnosis kendiri melalui aplikasi yang disediakan. Pengguna juga akan menerima separuh bayaran balik sekiranya memulangkan bahagian terpakai kepada Samsung.


(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN