Close

Kamera Paragraphica membolehkan gambar diambil menggunakan data lokasi dan dijana oleh AI

Tahukah anda, terdapat kamera yang menggunakan data lokasi untuk mengambil gambar, itulah yang dilakukan oleh kamera Paragraphica,

Paragraphica merupakan kamera context-to-image yang menggunakan data lokasi yang digabungkan dengan kecerdasan buatan (AI). Kamera Paragraphica ini tidak mempunyai sebarang sensor kamera, setiap foto yang dihasilkan melalui kamera ini menggunakan gabungan data lokasi dan AI untuk menggambarkan keadaan tempat dan juga moment tertentu seperti cuaca ketika itu.

Pengguna boleh mengawal data lokasi dan juga Parameter AI melalui tiga butang fizikal, yang mana kawalan tersebut akan mempengaruhi hasil foto yang akan dipaparkan. Rekaan kamera ini juga agak unik dengan bentuk seperti kamera lama.

Kamera ini sememangnya wujud dan boleh diakses secara virtual atau melalui prototaip fizikal. Sekiranya berminat untuk mencuba, layari laman web ini. 

ARTIKEL BERKAITAN