Pada acara pelancaran siri Google Pixel 8, Google dijangka akan turut mengumumkan beberapa peranti lain termasuklah Google Pixel Watch 2. Terbaru, terdapat laporan mendedahkan yang generasi Pixel Watch yang seterusnya tidak lagi akan dijana dengan cip Exynos.
Google dijangka akan menggunakan cip yang lebih berkuasa iaitu cip Snapdragon W+ Gen 1. Cip ini menggunakan teknologi binaan 4nm dengan 4 teras Cortex A53 dan 1 teras kecekapan Cortex M55. Menyokong RAM LPDDR4 dan menggunakan GPU A702. Selain itu, cip ini juga mempunyai ketahanan bateri 50% lebih lama.
Selain dimuatkan dengan cip yang lebih berkuasa, Pixel Watch 2 turut dijangka akan hadir dengan sensor khusus Fitbit Sense 2, yang membolehkan data kesihatan pengguna dijejak dengan lebih tepat. Keupayaan cip baharu ini akan turut dioptimasikan dengan Wear OS dengan kerjasama Google dan Qualcomm.