Seiring dengan pelantikan 5 pengedar baharu yang diumumkan oleh anak syarikat Proton iaitu Proton New Energy Technology (Pro-Net), menjadikan Malaysia kini mempunyai 7 pengedar rasmi EV smart di Malaysia.
Walaubagaimanapun, Pro-Net buat masa ini tidak mendedahkan sebarang maklumat mengenai model yang akan ditawarkan. Namun, berdasarkan dari perkongsian salah satu gambar rasmi pelantikan pengedar baharu telah memperlihatkan ia akan hadir dengan tiga pilihan model.
Model di sebelah kiri adalah smart #1 versi standard dengan pacuan roda belakang dengan motor elektrik yang menghasilkan kuasa 268 hp dan tork pada 343 Nm. Manakala, di bahagian tengah adalah smart #1 Brabus dengan pacuan semua roda dengan dwi-motor elektrik yang menghasilkan 422 hp dan tork pada 543 Nm. Kedua-dua model ini mempunyai kelajuan tertinggi yang sama iaitu 180 km/j.
Sementara untuk model yang disamarkan ia berkemungkinan adalah smart #1 Brabus versi perfomance yang akan menggunakan bateri litium nikel mangan kobalt oksida (NMC) dengan kapasiti 66 kWh yang mampu bergerak sehingga 400 km mengikut WLTP. Selain itu, versi perfomance ini turut hadir dengan rekaan yang lebih sporty, bahagian belakang yang lebih besar dan menggunakan brake caliper. EV smart ini dijangka akan dilancarkan sekitar suku ke-4 tahun ini.