Close

Harga jualan ASUS ROG Ally dikongsikan oleh penjual di Malaysia – Berharga RM3299

Sebelum ini kita sudah tahu harga jualan rasmi di AS iaitu bermula $599 (RM2.6K) untuk cip AMD Ryzen Z1 dan $699 (RM3.1K) dengan cip Ryzen Z1 Extreme.
Di Malaysia, ROG Ally akan dilancarkan sekitar bulan Julai tahun ini dan pra-tempahan sudah mula dibuka oleh penjual ROG yang sah di Malaysia.
Dalam masa yang sama, terdapat penjual iaitu M4G melalui Facebook rasmi mereka yang mungkin tidak sengaja telah kongsikan harga jualan ROG Ally yang berharga RM3299 melalui poster iklan.
Namun setelah kami periksa semula, poster tersebut telahpun ditukar dari harga RM3299 kepada pra-tempahan deposit RM200. 
Perkara ini turut disedari sebilangan pengikut Facebook M4G dan turut dikongsikan dalam Group Facebook peminat ASUS ROG Ally Malaysia.
Setakat ini kami sendiri tidak dapat mengesahkan bahawa RM3299 adalah harga rasmi ROG Ally atau tidak, memandangkan ia masih belum rasmi. Ia mungkin kesilapan teknikal pihak M4G atau secara tidak sengaja.
Apa pun, ini mungkin bayangan awal bahawa ROG Ally akan dijual dengan harga sekitar RM3000 lebih dan dijangka tidak akan lebih RM4000. 

ARTIKEL BERKAITAN