Close

Pengecas EV di Petronas Gambang Arah Barat ditutup sehingga 23 Jun – Alternatif pengecas mudah alih 22 kW disediakan

Buat pemilik kereta elektrik (EV) dari Pantai Timur ke Arah Barat, pengecas EV di Petronas Gambang Arah Barat semestinya akan menjadi salah satu tempat wajib untuk cas DC dari Gentari yang menyokong sehingga 50 kW.

Namun melalui aplikasi Setel, terdapat pemberitahuan pengecas DC tersebut akan ditutup bermula 6 Jun sehingga 23 Jun ini. Sebagai alternatif, Gentari menyediakan pengecas mudah alih Kempower 22 kW buat pengguna EV yang ingin berhenti untuk mengecas di Petronas Gambang Arah Barat.

Untuk pengecas DC 180 kW di Petronas Gambang Arah Pantai Timur masih akan dibuka seperti biasa.

ARTIKEL BERKAITAN