Close

realme C53 kini rasmi di Malaysia dengan harga RM599


realme Malaysia kini sedia untuk menawarkan satu lagi peranti baharu untuk pasaran Malaysia melalui model realme C53. Merupakan peranti kelas pertengahan yang tampil dengan fungsi seperti Dynamic Island yang dipanggil sebagai Mini Capsule.


Dari segi spesifikasi, realme C53 hadir dengan skrin IPS LCD bersaiz 6.74-inci dengan paparan 90Hz. Dijana dengan cip Unisoc T612 yang dipadankan dengan 6GB RAM LPDDR4X dan storan 128GB. Menggunakan bateri 5000mAh yang turut menyokong pengecasan SuperVOOC 33W.


Untuk fotografi, ia dilengkapi dengan tetapan dwi-kamera belakang dengan sensor utama 50MP + 2MP potret. Manakala untuk swafoto ia hadir dengan sensor sebesar 8MP. Merupakan peranti kedua dalam barisan realme yang hadir dengan fungsi Mini Capsule, membolehkan ia memaparkan pelbagai informasi seperti notifikasi, status bateri, pengecasan, jarak berjalan kaki dan sebagainya.


Spesifikasi lain yang turut dibawakan pada peranti ini adalah seperti bicu audio 3.5mm, pengecasan USB-C, Bluetooth 5.0, pengimbas cap jari pada butang kuasa dan menjalankan realme UI versi T berasaskan Android 13.


Di Malaysia, realme C53 dijual pada harga RM599 untuk 6GB + 128GB, ditawarkan dalam dua pilihan warna iaitu hitam dan emas.

ARTIKEL BERKAITAN