Close

Apple Mac Pro kini ditawarkan dengan cip M2 Ultra

Apple akhirnya melengkapkan peralihan produk mereka kepada cip Apple Silicon sepenuhnya apabila turut mengumumkan Mac Pro dengan cip M2 Ultra. Menawarkan kemampuan kuasa yang lebih tinggi dan prestasi lebih pantas berbanding model yang dijana dengan cip Intel.



Cip M2 Ultra menggunakan CPU 24 teras dan GPU 76 teras sekaligus menawarkan peningkatan prestasi sehingga 1.8 kali ganda dan 3.4 kali ganda prestasi grafik berbanding cip Intel. Dari segi konfigurasi, ia hadir dengan RAM sehingga 192GB dan storan dalaman sehingga 8TB.


Selain itu, Mac Pro kini menyokong 7 slot PCIe yang membolehkan pengguna membuat penyesuaian mengikut keperluan. Untuk sambungan pula, ia hadir dengan 2x HDMI dan 8x Thunderbolt, 1x bicu audio, 2x USB A dan 2x 10Gb Ethernet. Untuk sokongan monitor, ia menyokong resolusi sehingga 8K dengan paparan 240Hz. Di Malaysia, Mac Pro baharu ini ditawarkan dengan harga bermula RM32,999.

ARTIKEL BERKAITAN