Sebelum ini, Kesatuan Eropah telahpun mewajibkan semua peranti elektronik menggunakan sambungan jenis USB-C menjelang tahun 2024.
Berikutan dari itu, Kesatuan Eropah kini bersedia untuk membawakan satu lagi undang-undang baharu yang mewajibkan semua bateri telefon pintar dan tablet boleh diganti dengan mudah oleh pengguna.
Dengan pelaksanaan undang-undang baharu ini, pengeluar telefon pintar dan tablet dijangka akan membawakan kembali rekaan yang membolehkan panel belakang boleh dibuka seperti mana pada model terdahulu.
Walaubagaimanapun, undang-undang baharu ini hanya akan dilaksanakan bermula tahun 2027.