Close

Keuntungan Astro Malaysia jatuh 84% pada Q1 tahun 2023 – Hanya RM15.89 juta berbanding RM100 juta tahun 2022

Astro Malaysia Holdings Bhd mencatatkan kemerosotan 84% keuntungan pada suku pertama 2023 yang berakhir pada 30 April 2023. Kemerosotan tersebut menyaksikan syarikat tersebut hanya mencatat keuntungan bersih RM15.89 juta berbanding RM100.02 juta pada setahun lalu.

Antara penyumbang kepada kemerosotan ini adalah penurunan pada bahagian pengiklanan, perkhidmatan langganan dan juga penjualan produk.

Untuk segmen television, ia mencatatkan penurunan sebanyak 5.7% iaitu RM810.6 juta daripada RM859.2 juta. Selain segmen television, segmen radio dan produk juga mencatat penurunan yang tinggi iaitu sebanyak 13.1% dan 36.7%. Pendapatan sesaham Astro turut merosot kepada RM0.30 sen berbanding setahun lalu iaitu pada RM1.92 sen.

Biarpun mencatat kemerosotan, Astro tetap akan melabur dalam usaha untuk memberikan pengalaman kandungan terbaik merentas platform.

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN