Peranti paling premium dari Xiaomi iaitu Xiaomi 13 Ultra akhirnya tiba secara rasmi untuk pasaran tempatan. Melaluinya, ia hadir dengan sejumlah peningkatan dari segi spesifikasi, rekaan dan juga keupayaan kamera yang lebih baik.
Xiaomi 13 Ultra hadir dengan skrin AMOLED LTPO yang bersaiz 6.73-inci dengan paparan 120Hz dan 240Hz touch sampling rate. Merupakan peranti pertama di dunia dengan kecerahan puncak paling tinggi iaitu 2600 nits. Peranti ini turut dilindungi dengan Corning Gorilla Glass Victus.
Dikuasakan dengan cip Snapdragon 8 Gen 2 yang digabungkan dengan RAM sehingga 16GB LPDRR5X dan storan dalaman sehingga 1TB UFS 4.0. Bateri 5000mAh dimuatkan yang turut menyokong pengecasan berwayar 90W, tanpa wayar 50W dan reverse wireless 10W. Ciri baharu iaitu mod hibernasi turut diletakkan yang membolehkan peranti bertahan sehingga 1 jam dengan bateri 1%.
Untuk fotografi, ia hadir dengan tetapan kuad-kamera belakang dengan sensor utama 50MP 1-inci dengan zum digital 120X OIS IMX 989 + 50MP ultra lebar IMX 858 + 50MP telefoto dengan zum optikal 3.2X OIS IMX 858 + 50MP telefoto dengan zum digital 5X OIS IMX 858. Untuk swafoto ia hadir dengan sensor 32MP.
Sensor utama peranti ini mempunyai keupayaan boleh-ubah dengan sokongan bukaan lensa f/1.4 ke f/1.9. Ia juga menggunakan Lensa Vario-Summicron yang mempunyai lapisan tambahan untuk mengatasi masalah mudah calar.
Spesifikasi lain yang turut hadir adalah seperti penarafan IP68, pengimbas cap jari bawah skrin, sistem penyejukkan Loo LiquidCool Tech, pembesar suara jenis stereo, Infrared, NFC, Bluetooh 5.3, dan menjalan MIUI 14 berasaskan Android 13.
Di Malaysia, Xioami 13 Ultra dijual pada harga RM5199 ditawarkan dalam satu pilihan varian sahaja iaitu untuk 12GB + 512GB. Bagi yang berminat, peranti ini boleh dipratempah bermula pada 23 Jun ini. Setiap pra-tempahan akan menerima hadiah percuma bernilai RM1171.40.