![]() |
Sumber : Onleaks x Smartprix |
Ini bukanlah pertama kali laporan mengenai peranti boleh-lipat dari OnePlus tertiris. Sebelum ini, beberapa laporan telahpun mendedahkan maklumat mengenai tarikh pelancaran dan spesifikasi.
![]() |
Sumber : Onleaks x Smartprix |
Terbaru, rekaan peranti boleh-lipat pertama dari OnePlus juga dilaporkan telah tertiris melalui OnLeaks. Berdasarkan dari perkongsian itu, terdapat beberapa maklumat dapat disahkan mengenai peranti tersebut sebelum pelancarannya.
![]() |
Sumber : Onleaks x Smartprix |
Melalui imej tersebut, memperlihatkan OnePlus V Fold hadir dengan rekaan skrin besar yang sama seperti Vivo X Fold2 dan Samsung Galaxy Z Fold4. Dari segi binaan, peranti ini berkemungkinan menggunakan bahan binaan jenis logam pada bahagian sisi dan kemasan seperti kulit pada panel belakang.
![]() |
Sumber : Onleaks x Smartprix |
Selain itu, OnePlus V Fold akan hadir dengan rekaan modul kamera jenis bulat dengan tetapan tri-kamera belakang bersama penjenamaan Hasselblad. Tetapan tri-kamera ini berkemungkinan adalah utama + ultra lebar + periskop, tidak dapat dipastikan mengenai jenis sensor yang akan digunakan.
Dari segi spesifikasi, peranti boleh-lipat pertama dari OnePlus ini dijangka akan hadir dengan cip Snapdragon 8 Gen 2, bateri 4800mah dan pengecasan pantas 1000W. OnePlus V Fold dijangka akan dilancarkan pada Q3 2023, dan berkemungkinan hanya ditawarakan untuk pasaran China sahaja.