Close

Kredit e-Tunai Belia Rahmah bernilai RM200 boleh mula tebus bermula 26 Jun ini


Kredit e-Tunai Belia Rahmah bernilai RM200 yang ditawarkan kepada golongan belia yang berusia 18 sehingga 20 tahun atau pelajar sepenuh masa akan mula diberikan bermula 26 Jun ini. Perkara tersebut diumumkan oleh Kementerian Kewangan.



Melalui pengumuman tersebut, Kementerian Kewangan turut menyatakan yang proses pendaftaran dan juga tuntutan e-Tunai Belia Rahmah akan bermula dari 26 Jun 2023 sehingga 22 Ogos 2023. Untuk proses tuntutan, ia boleh dibuat melalui tiga penyedia perkhidmatan e-dompet iaitu Setel, Boost dan Touch ‘n Go.


Selain akan menerima kredit e-tunai RM200 daripada kerajaan, penyedia perkhidmatan e-dompet dijangka akan turut memberikan insentif tambahan seperti pulangan tunai, baucar atau mata ganjaran.

Kredit RM200 tersebut boleh digunakan di semua peruncit atau peniaga yang menerima bayaran melalui kod QR DuitNow dengan menggunakan salah satu penyedia perkhidmatan e-dompet. Walaubagaimanapun, kredit ini hanya boleh dibelanjakan secara offline dan perlu dihabiskan sebelum 31 Ogos 2023.

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN