Insta360 telah menjadualkan acara pelancaran kamera baharu yang akan berlangsung pada 27 Jun ini. Kamera baharu menggunakan moto “The Tiny Revolution”, yang mana kita mungkin boleh menjangkakan yang kamera baharu semestinya bersaiz kompak dan berkuasa.
Buat masa ini, tiada sebarang maklumat yang dikongsi oleh pihak Insta360 selain video promosi yang berdurasi 32 saat yang dikongsi di saluran rasmi Insta360. Melalui video tersebut, memperlihatkan beberapa maklumat seperti saiz kamera, keupayaan kamera dan juga mod rakaman yang akan tersedia.
Namun begitu, maklumat ini hanya boleh disahkan pada hari pelancarannya kelak. Seperti biasa, sama-sama kita nanti.