Selepas Google, Amazon dan Meta mengambil keputusan untuk mengurangkan tenaga kerja. Grab juga dilihat tidak terlepas untuk turut mengurangkan tenaga kerja dalam syarikat mereka.
Berikutan dari itu, CEO Grab iaitu Anthony Tan mengumumkan yang syarikat tersebut terpaksa memberhentikan 1000 orang pekerja. Menurut Anthony Tan, pengurangan tenaga kerja ini adalah satu keputusan sukar yang terpaksa diambil dalam usaha penstrukturan semula.
Selain itu, pengurangan ini juga sebagai langkah untuk menjadikan syarikat lebih efisien pada masa akan datang. Ia juga merupakan kali pertama pengurangan tenaga kerja berskala besar yang dilakukan oleh Grab.