Close

Google merancang untuk memindahkan pengeluaran Google Pixel ke India

Google ketika ini dilaporkan sedang merancang untuk memindahkan pengeluaran Google Pixel ke India. Berikutan dari itu, Google dikatakan sedang aktif mencari rakan kongsi yang berpotensi untuk tujuan tersebut.

Menurut laporan, Google dikatakan telahpun memulakan perbincangan peringkat awal dengan beberapa pengeluar di India seperti Dixon Technologies, Lava International, Bharat FIH dan juga pengeluar popular di India iaitu Foxconn.

Pemilihan India sebagai pengeluar adalah alternatif kepada China berikutan dasar sekatan yang semakin ketat dalam masa yang sama untuk mempelbagaikan pengeluaran. Dengan perancangan ini, kita mungkin bakal melihat Google Pixel akan dikeluarkan di India pada masa akan datang.

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN