Selain perseteruan antara penyokong Manchester United dan Liverpool, terdapat satu lagi perseteruan yang lebih dahsyat iaitu antara Android dan iPhone. Perseturuan ini mungkin boleh dikatakan tiada penghujungnya berikutan kedua-duanya mempunyai kekurangan dan kelebihan masing-masing.
Bercakap mengenainya, dalam iklan terbaru Google untuk mempromosikan Pixel 7 Pro. Google telah memerli iPhone dengan lima fungsi terbaik yang ada pada Pixel 7 Pro. Kesemua iklan dalam bentuk video tersebut menggunakan tanda pagar #BestPhoneForever dengan tajuk Plateau, Seeing Star, Sketchy Wi-Fi, Lifesaver dan Opening Up.
Menariknya, kesemua iklan tersebut di ibaratkan sebagai dua orang kawan sedang bercakap mengenai kekurangan dan kelebihan. Lebih menghiburkan, Pixel 7 Pro berjaya menyelamatkan iPhone 14 Pro menggunakan fungsi Sharing Battery melalui pengecas tanpa wayar berbalik, ia cukup dramatik.
Namun begitu, harus diingatkan yang kedua-dua peranti mempunyai kelebihan dan kekurangan masing-masing. Jadi, kita hanya perlu meraikan perbezaan dan mengakui perkara tersebut. Kesemua iklan tersebut boleh dilihat di sini.