Close

Mark Zuckerberg setuju untuk bertarung dengan Elon Musk dalam sangkar – Siapa yang akan menang?

Kita mungkin bakal menyaksikan pertarungan antara dua jutawan teknologi berprofil tinggi iaitu Elon Musk dan Mark Zuckerberg. Yang mana, kedua-duanya telah bersetuju untuk bertarung dalam sangkar.

I’m up for a cage match if he is lol

— Elon Musk (@elonmusk) June 21, 2023

Semuanya bermula apabila, Mark Zuckerberg pemilik kepada Meta merancang untuk melancarkan pesaing kepada Twitter yang akan dikenali sebagai Threads. Sebagai jawapan balas kepada perkara tersebut, Elon Musk melalui Twitter rasmi menyatakan yang beliau bersedia untuk bertarung dalam sangkar dengan Mark Zuckerberg.
Kemudian, Mark Zuckerberg membalas dengan tangkap layar Tweet tersebut melalui IG Story dengan ayat hantar lokasi pertarungan kepada saya. Kedua-dua jutawan teknologi berprofil tinggi ini dilihat serius untuk bertarung dalam sangkar selepas berbincang dengan Dana White.
Buat yang tidak mengetahui, Mark Zuckerberg yang berumur 39 tahun adalah pemenang pingat emas dalam kejohanan jiu-jitsu yang berlangsung baru-baru ini. Beliau juga turut mempunyai ilmu dalam seni mempertahankan diri campuran MMA. 

I have this great move that I call “The Walrus”, where I just lie on top of my opponent & do nothing

— Elon Musk (@elonmusk) June 22, 2023

 

Sementara, Elon Musk yang berumur 52 tahun pula mempunyai kemahiran “The Walrus, yang mana beliau hanya berbaring di atas lawan saya dan tidak melakukan apa-apa”. Secara teorinya, Mark Zuckerberg dilihat mempunyai peluang yang tinggi untuk menang berbanding Elon Musk.

ARTIKEL BERKAITAN